Akaun jalanjalanranau.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Jalan Jalan Ranau

Jalan Jalan Ranau


Pengenalan.


Jalan-Jalan Ranau (JJR) merupakan sebuah platform atas talian yang meghimpunkan beberapa tempat menarik di sekitar Ranau-Kundasang, Sabah.


Platform ini bertujuan untuk memudahkan pelancong yang berminat untuk melancong di sekitar Ranau-Kundasang untuk membeli perkhidmatan atau produk pusat pelancongan melalui atas talian dengan hanya satu platform sahaja!


Platform ini diuruskan sepenuhnya oleh Milas Travel And Tours Sdn Bhd.




SENARAI TEMPAT, HARGA DAN LOKASI



Arnab Village

Lokasi (Klik di SINI)

Facebook : Arnab Village Ranau

Website : www.arnabvillage.com


Satu lokasi yang wajib anda lawati sekiranya anda di Ranau! Merupakan taman arnab terbesar di Sabah yang menawarkan pengalaman bermain pelbagai baka arnab. Kanak-kanak boleh mengenali, mendukung, memeluk dan memberi makan kepada arnab yang jinak dan mesra ini. Dianggarkan mempunyai 100 lebih ekor arnab yang dilepaskan dan anda boleh menarik ke arah anda dengan memberi makan. Masa ni lah sesuai untuk anda mengambil gambar bersama arnab yang datang mengerumuni. 








Harga Tiket

Dewasa, RM8.00. Selepas diskaun 20%, menjadi RM6.40 sahaja!

Kanak-kanak, RM5.00. Selepas diskaun 20%, menjadi RM4.00 sahaja!

Peringatan penting! Masukkan kod kupon "murah"




Restoran Selera Kebun

Lokasi (Klik di SINI)

Facebook : Restoran Selera Kebun


Anda pasti anda sudah tahu mengenai suku kaum yang tinggal di Ranau? Selain penduduknya yang mesra, suka bekerja keras, merendah diri, tegap-tegap, segak, kacak dan cantik, suku kaum Dusun juga menawarkan makanan tradisi yang sangat sedap, boleh buat anda teringat-ingat! Jom rasa makanan Dusun fusion dengan citarasa Malayu yang unik ini. Bahan yang digunakan adalah hasil tanaman penanam di sekitar Kundasang. Mesti cuba! Kalau tidak pasti apa yang anda makan, jangan risau. Sebelum anda makan, anda akan diberi sedikit penerangan tentang menu yang dihidangkan.








Harga

Dewasa, RM18.00 (Makan tengahari sahaja). Selepas diskaun 20%, menjadi RM14.4 sahaja!

Kanak-kanak, RM15.00 (Makan tengahari sahaja), Selepas diskaun 20%, menjadi RM12.00 sahaja!

Peringatan penting! Masukkan kod kod kupon "murah".




Sably Goat Haven

Lokasi (Klik di SINI)

Facebook : Sably Goat Haven


Tahukah anda, populasi kambing paling padat di Ranau terletak di Lohan? Seramai 7 penternak kambing semuanya ada di Lohan dan merupakan pembekal utama sekitar Ranau dan Kota Kinabalu. Kini, kami menawarkan pengalaman yang anda tidak boleh dapat di mana-mana Malaysia melainkan di Sably Goat Haven yang merupakan taman kambing yang pertama di Malaysia. Kambing yang jinak dan mesra dilepaskan untuk bermain dan bermanja dengan anda. Aktiviti yang boleh dilakukan selain memberi makan, kita boleh mandikan mereka dan mengejar anak kambing untuk didukung. Kenali lebih dekat baka-baka kambing dan biri-biri yang dipersembahkan. Pasti anda dapat lebih banyak info yang anda tidak pernah tahu! 








Harga
Dewasa, RM8.00. Selepas diskaun menjadi RM6.40 sahaja!
Kanak-kanak, RM5.00. Selepas diskaun menjadi RM4.00 sahaja!
Peringatan penting! Masukkan kod kod kupon "murah".


TIMBUA WATER RAFTING
Lokasi (klik di SINI)
Facebook : Timbua Water Rafting

Ini satu aktiviti yang wajib setiap mereka yang menggemari aktiviti lasak dan mencabar!

Sungai Timbua merupakan sungai yang paling penting untuk masyarakat di Timbua, hulu airnya dari Gunung Kinabalu dan mengalir sehingga ke Daerah Beluran.

Suatu ketika dahulu, selain daripada ia menjadi sumber air utama, ia juga merupakan salah satu penghubung jalan bagi memudahkan aktiviti sekitarnya.

Kini, ia menjadi salah satu tarikan di Timbua dan sesuai untuk mereka yang suka bermain
dengan air dan berakit. Anda akan menaiki rakit yang dibuat daripada bambu, guide yang pakar dan berpengalaman dengan sungai dan jaket keselamatan wajib dipakai setiap mereka yang terlibat.

Sepanjang perjalanan ini, anda akan diajar cara berakit, cara memandu rakit,diberi peluang
berenang serta perkongsian mengenai sumber alam flora dan fauna yang di sekeliling sungai.

Anda juga akan disajikan dengan pemandangan indah,alam yang menghijau.
Jangan lupa bawa baju sepersalinan dan kamera kalis air anda! Jangan lepaskan setiap saat indah ini kerana alam adalah terapi.





Harga
RM95 seorang (minimum peserta mesti 3 orang dan ke atas). *Minimum peserta adalah berumur 15 tahun dan ke atas. 
Selepas diskaun 20%, harga menjadi RM76 seorang.
Peringatan penting! Masukkan kod kod kupon "murah".


TAWARAN PAKEJ

PAKEJ KELUARGA

1. Tiket masuk ke Arnab Village
2. Tiket masuk ke Sably Goat Haven
3. Makan di restoran Selera Kebun Kundasang

Harga Tiket
Dewasa, RM27.9 (Diskaun 10%)
Kanak-kanak, RM22.5  (Diskaun 10%)

PAKEJ ADVENTURE
1. Tiket ke Timbua Water Rafting 

Harga
5 orang dewasa, RM427.5 (Diskaun 10%)




FAMILY FUN LOHAN PACKAGE




PAKEJ KELUARGA LOHAN
1. Tiket masuk Sably Goat Haven
2. Melawat Hobbit House di Kinomulok Garden
3. Melawat rumah suku kaum dusun liwan & memakai pakaian traditional di Kinomulok Garden
4. Menaiki bot atau berbasikal Damai Eco Ranch

Harga Tiket
Dewasa, RM35 
Kanak-kanak, RM33